Tuesday, July 20, 2010

USAHAWAN REVELL

kisah kejayaan usahawan revell
SARIMAH BT NIK ABAS & NGADENAN


Pada Ogos 2002, bermula dengan menjadi pengguna sahaja kerana tertarik dengan produk Revell, saya telah menerima bonus sebanyak RM3.50. Walaupun sedikit ia cukup memeranjatkan saya. Apa tindaknya sebagai pengguna pun sudah mendapat bonus apatah lagi jika saya melakukannya secara serius.

Dengan bimbingan upline yang proaktif SGD Diamond Pn. Radziah Mohd dan En Esam Yamsara, kami melihat satu peluang iaitu ‘pendapatan tanpa batasan dan kerja setahun untuk pendapatan bertahun tahun'.

Sebelum menyertai Revell, saya seorang tukang jahit dan suami saya pula walapun bekerja sebagai guru tetapi membuat kerja sambilan sebagai wartawan Berita Harian. Tetapi pendapatannya sekadar cukup makan.

Bila mendapat bonus bulan ke-3 sebanyak RM831.40, saya terus berhenti menjahit dan memberi sepenuh komitmen kepada Revell. Mana tidaknya, di bulan puasa bersengkang mata tetapi hari raya orang lain dapat berpakaian baru tetapi baju kita sendiri tidak siap berjahit. Saya berterima kasih kepada suami kerana memberi sokongan moral walaupun pada mulanya beliau memandang sebelah mata kepada perniagaan Revell.

Ketika saya mula memasuki program kereta, suami berhenti sebagai wartawan dan kami melakukan bersama sama dan dari situlah bermulanya kekuatan kami dan bonus kami terus meningkat. Kami melakukan demo sendiri, sentiasa menyediakan stok yang cukup untuk pengedar dan memberi motivasi kepada rakan rakan kongsi yang dating setiap hari.

Hubungan kami dengan rangkaian kami adalah seperti satu keluarga yang besar. Tolong menolong adalah budaya kami, sabar adalah kekuatan kami, kerjayaan adalah misi kami dan meningkatkan pendapatan keluarga adalah matlamat rangkaian kami.

Genap setahun, Kami mendapat kereta percuma dari Revell, Dua bulan kemudiannya ke pangkat GD, Mac 2004 (SGD) dan April 2004 pangkat SGD Diamond dengan pendapatan 5 angka sebulan, Syukur kami kepada Allah kerana memberikan kekuatan untuk meredah segala dugaan dan cabaran untuk memiliki kejayaan.

Terima kasih kepada Revell, kerana mengubah kehidupan kami. Terima kasih kepada upline yang membantu menunjukkan jalan juga kepada ahli ahli rangkaian yang dikasihi yang ingin berubah menjadi manusia yang berjaya.

No comments:

Post a Comment