
Di dalam dunia ini tiada yang mustahil, tepuk dada tanyalah hati. 15 tahun dahulu ketika menyertai perniagaan Revell, kami tidak langsung boleh membayangkan perniagaan bermodalkan RM500 boleh menjanakan pendapatan 6 angka sebulan. Itulah keistimewaan Revell. Alhamdulilah, berkat ketekunan kami, kini pusingan stok kami berjumlah RM900,000 sebulan. Kami berpegang kepada sabda Nabi s.a.w iaitu 9/10 punca rezeki adalah daripada perniagaan. Perniagaan Revell ini unik, sesiapa pun boleh berjaya tanpa modal yang besar. Tidak seperti 'direct selling' yang lain, memerlukan modal besar tetapi memberikan ganjaran besar untuk pengedar atasan sahaja. Pelan Revell bersifat adil dan saksama. Kata orang 'kecil tak keluar, besar tak mari'. Di dalam rangkaian kami, ramai yang telah mencapai pangkat SGD Diamond dengan hanya bermodalkan RM500 sebagai sub stokis.
Yang paling menyeronokkan, downline berusia 65 tahun berjaya mencapai program kereta Revell walaupun tidak pandai membaca dan menulis. Bila ditanya bagaimana dia berjaya, jawapannya 'kerana kemahuannya'. Di dalam dunia ini tiada yang mustahil, tepuk dada tanya hati. Kini telah terbukti, perniagaan Revell akan menjadi mudah jika kita benar-benar mahu melakukannya, cepat atau lambat tidak penting. Yang pasti kita berjaya dan ingat 'No Shortcut To Success'. Kepuasan kami dirasai apabila melihat rakan-rakan di dalam rangkaian kami berjaya dan kami percaya mereka berjaya kerana tiada sikap malas, takut dan ego.
Janganlah kita malu tak bertempat, semai sikap ramah dan sentiasa senyum. Ikutlah resmi padi, semakin berisi makin tunduk. Ingin tahu bagaimana kami bekerja? Selama 15 tahun ini, kami tidak pernah ingkar pada 'BOS' iaitu Buku Jadual Harian. Lazimnya kami susun segala perancangan bagi 2 bulan kehadapan.
Kami menyeru kepada semua usahawan mesti ada perancangan teratur dan berdisplin mengikut jadual. Kesedaran menjadi penguat kami selama ini. Dilahirkan dari keluarga susah, menjadikan kami tabah dan bersemangat mengubah kehidupan. Revell banyak membantu kami mengubah kehidupan. Revell adalah syarikat MLM yang terbaik setelah mencuba 13 syarikat lain. Tuhan telah menganugerahkan setiap hambanya keistimewaan, gilaplah bakat untuk menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Kejayaan adalah pilihan, kegagalan juga pilihan, jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak kita? Jika mahu berjaya, mengapa tidak mulakan sekarang?